Cara Buat Affiliate Yang Terbukti Jana Komisen RM102,554

Cara buat affiliate – Affiliate merupakan satu model bisnes dengan mempromosi produk orang lain. Setiap pembelian yang berjaya melalui link anda, anda bakal memperoleh 50% daripada harga produk sebagai komisen.

Untuk artikel ini, saya lebih menfokuskan cara buat affiliate khas produk berbentuk ebook. Saya lebih suka mempromosi ebook disebabkan komisen yang ditawarkan lebih tinggi berbanding dengan produk fizikal.

Gambar di bawah ini merupakan komisen yang berjaya saya peroleh daripada salah satu program affiliate. Lebih RM100,000 komisen berjaya saya jana dengan hanya menjual ebook sahaja. Lebih 2,500 ribu unit ebook telah berjaya saya jual.

komisen cara buat affiliate

Menarik kan?

Tapi bagaimana saya buat untuk menjana komisen enam angka seperti ini? Jom saya kongsikan kepada anda beberapa langkah yang saya lakukan untuk menjana komisen melalui affiliate ini.

Enam Cara Buat Affiliate RM6 Angka

Secara ringkasnya, terdapat beberapa langkah yang saya selalu lakukan dalam memulakan mempromosi produk affiliate. Iaitu.

  • Pemilihan niche.
  • Pemilihan program affiliate.
  • Pemilihan platform untuk promosi.
  • Mencipta konten yang berkualiti.
  • Menghantar trafik ke blog.
  • Mendapatkan klik pada link affiliate.

Langkah 1: Pemilihan Niche.

Niche ini sebenar kategori. Sebaiknya, pilihlah niche yang anda minat.

Untuk kekal releven, nasihat saya ialah niche tu kena jadi lebih spesifik. Salah satu niche yang saya fokus ialah niche buat duit. Sebenarnya, niche buat duit ini terlalu besar. Cuba kecilkan lagi niche tu.

Contohnya, anda boleh spesifik kan niche buat duit itu kepada cara buat duit di shopee. Ataupun cara buat duit di ebay.

Walaupun niche buat duit di shopee dan ebay ini nampak seakan-akan sama, sebenarnya kedua-dua micro niche ini berbeza. Sebab dua niche ini berbeza disebabkan oleh audiens niche ini berbeza.

Apa yang saya perasan, orang yang berminat nak berniaga di shopee belum tentu berminat nak berniaga di ebay. Orang yang berminat berniaga di ebay pula selalunya ada pengalaman berniaga di shopee.

Dengan niche spesifik seperti ini, anda boleh bina kumpulan audiens yang lebih targeted. Dengan menggunakan niche yang spesifik, Google mudah nak ‘baca’ blog anda itu berkongsi tentang apa. Nanti mudah blog anda nak ranking di first page di google.

Niche Apa Sesuai Dengan Anda?

Ini ada tiga soalan yang anda boleh tanya diri sendiri untuk mencari niche yang sesuai dengan anda:

  • Apa yang anda pandai buat?
  • Apa yang anda suka buat?
  • Apa yang orang lain cakap anda pandai buat?

Langkah 2: Pilih Program Affiliate

Untuk program affiliate pula, saya perasan terdapat dua kategori program affiliate di negara kita. Pertama, menawarkan komisen rendah, Kedua pula menawarkan komisen tinggi.

Komisen rendah: Anda perlu menjual banyak unit untuk menjana komisen yang tinggi. Selalunya produk berbentuk fizikal. Contoh program affiliate yang menggunakan model seperti ini ialah affiliate shopee.

Komisen tinggi: Disebabkan komisen yang ditawarkan adalah tinggi, nak hasilkan komisen RM4 angka memang mudah. Selalunya produk berbentuk digital. Contoh program affiliate yang menggunakan model seperti ini ialah affiliate Klikjer.

Program Affiliate Klikjer

Program affiliate Klikjer boleh menawarkan komisen yang tinggi disebabkan mereka menjual produk digital. Semua panduan berbentuk ebook ataupun video.

Bagi anda yang nak bermula dengan affiliate, saya syorkan anda bermula dengan Klikjer. Disebabkan komisen setiap jualan ialah 50%, anda tidak perlu menjual banyak unit untuk memperoleh income RM4 angka sebulan.

Cara Buat Affiliate di Klikjer.

  1. Sila klik link untuk mendaftar: Daftar Sekarang.
  2. Klik butang ‘Daftar Jadi Affiliate’
  3. Klik butang ‘Signup Now’
  4. Kemudian isi semua details yang diminta. Termasuklah no akaun bank untuk tujuan pembayaran komisen nanti.
  5. Klik ‘Create My Account’
  6. Selesai dan anda dah boleh promote ebook di klikjer.

Langkah 3: Tentukan Platform

Terdapat banyak flatform yang boleh anda pilih untuk promote produk affiliate. Macam saya sendiri, saya lebih memilih blog sebagai flatform disebabkan minat saya lebih kepada penulisan.

Antara flatform yang saya syorkan ialah:

  • Laman web
  • YouTube
  • Media sosial (contohnya, Instagram, TikTok, Telegram)

Kena Pilih Platform Sesuai Dengan Niche

Pemilihan platform ini bergantung kepada apa yang anda suka, apa yang prospek dalam niche anda ramai guna. Contohnya, orang yang nak belajar tutorial buat biskut raya lebih suka tengok video.

Jadi, walaupun anda suka menulis, menggunakan platform YouTube mungkin pilihan yang lebih baik.

Walaupun begitu, saya cadangkan untuk membina sebuah blog dan optimumkan search engine (SEO) untuk mendapatkan kedudukan tinggi dalam Google.

Ini membolehkan anda menghasilkan trafik ke blog anda secara percuma dan konsisten.

Untuk buat blog, saya syorkan anda untuk menggunakan servis dari NetKL. Amat sesuai bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan blogging. Kalau ada apa-apa masalah, memang cepat team mereka selesaikan.

Langkah 4: Cipta Artikel Yang Berkualiti

Antara kelebihan menghasilkan artikel berkualiti ialah google akan menaikan ranking blog anda. Mudah pembaca nak jumpa blog anda apabila mereka buat carian.

Tapi bagaimana nak tentukan sesuatu artikel itu dalam kategori berkualiti ataupun tidak?

Anda boleh gunakan statistik blog dalam menentukan tahap kualiti artikel yang anda hasilkan.

statistik blog cara buat affiliate

Gambar di atas ini merupakan statistik salah satu blog saya. Cuba tengok bahagian ‘average time on page’, tercatat 3 minit 29 saat. Itu bermaksud pelawat blog memperuntukan purata masa tiga minit untuk membaca semua artikel blog saya.

Untuk permulaan, pastikan blog anda mempunyai sekurang-kurangnya tiga minit ‘average time on page’. Semakin tinggi angka ini, itu akan memberi satu signal kepada google bahawa artikel anda tu berjaya menarik minat pembaca.

Dari situ google akan menganggap artikel anda ini satu artikel yang berkualiti. Hari demi hari, ranking blog akan semakin meningkat sehinggalah muncul di first page google.

Artikel berkaitan: Servis Buat Blog Mesra SEO

Kena Ada Ilmu

Untuk menghasilkan artikel yang menarik minat pembaca, perkara utama yang perlu anda beri perhatian ialah ilmu. Kalau anda nak promote ebook Rahsia Affiliate, sepatutnya anda perlu beli ebook tersebut, kemudian baca dan praktik kan ilmu yang terkandung dalam ebook tu.

buku cara buat affiliate

Adakah ilmu itu masih releven pada tahun ini? Adakah cara yang dikongsikan itu mudah dipraktik kan? Newbie sesuai tak nak guna teknik dalam ebook tu? Inilah perkara yang perlu anda ceritakan dalam artikel blog anda.

Artikel berkaitan: Cara Mempromosi Affiliate Menggunakan Artikel Blog

Jangan Jadi Seperti Ketam

Kalau anda tak tahu kandungan ilmu yang dikongsikan dalam ebook affiliate, saya boleh umpamakan individu ini seperti si ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Asas affiliate ini adalah mencadangkan sesuatu kepada orang lain. Kalau diri sendiri pun tak tahu apa-apa, mana mungkin nak cadangkan sesuatu yang terbaik kepada orang lain. Setuju tak?

Langkah 5: Hantar Trafik Ke Blog Anda

Artikel yang berkualiti pun tiada guna juga kalau tiada orang yang baca. Langkah seterusnya adalah anda perlu dapatkan lebih ramai orang baca, supaya mereka akan klik pada link affiliate yang terdapat dalam artikel itu.

Untuk mendapatkan trafik daripada pembaca, anda boleh menggunakan tiga cara, iaitu:

Trafik Berbayar

Ini adalah di mana anda bayar untuk trafik ke blog anda. Anda boleh buat ini menggunakan iklan pay-per-click (PPC) seperti facebook ads ataupun google ads.

Kelebihan trafik berbayar adalah saat anda mula bayar, anda akan dapat terus trafik. Namun, ada beberapa kekurangan.

Pertama, menjalankan iklan akan mengurangkan keuntungan anda. Adalah biasa untuk pengiklan kehilangan wang sebelum mereka sebelum mendapat hasil… itupun kalau mereka dapat.

Kedua, sebaik sahaja anda berhenti membayar untuk iklan, trafik blog anda akan berhenti. Secara amnya, iklan adalah strategi trafik yang berkesan jika anda mempromosi ebook affiliate yang menawarkan komisen yang tinggi.

Kalau anda benar-benar baru dalam iklan berbayar dan tidak ada bajet yang cukup, itu bermaksud trafik berbayar belum sesuai untuk anda. Belum tiba masanya lagi.

SEO

SEO adalah cara mengoptimumkan artikel blog untuk mendapat kedudukan tinggi dalam enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo dan lain-lain.

Selama anda berada di first page dalam enjin carian untuk keywords tertentu, anda akan dapat trafik secara percuma. Secara asasnya, SEO adalah tentang:

  • Memahami topik apa yang prospek anda cari.
  • Mencipta artikel berkaitan dengan topik-topik tersebut.
  • Memastikan google memahami dengan jelas apa yang cuba anda sampaikan.

Subscribers Email

Emel adalah tool yang paling saya suka guna. Kelebihan menggunakan emel ini ialah saya boleh followup prospek berulang-ulang kali. Saya hanya perlu set sekali, lepas tu proses followup akan berjalan secara automatik.

Tahu tak kenapa saya suka kumpul subscriber emel ini? Antara sebabnya ialah:

  1. Boleh Follow up Prospek

Anda perlu tahu, tak semua prospek akan membeli disaat pertama kali mereka tahu tentang sesuatu. Ada tu ambil masa berhari-hari barulah mereka buat pembelian. Ada juga berminggu-minggu.

  1. Boleh Tingkatkan Trust.

Sebagai affiliate, kita perlu meyakinkan prospek untuk membeli. Tapi, macam mana nak meyakinkan mereka dengan produk yang kita cadangkan? Mereka bukan kenal kita pun.

Point kedua ini memang berkait dengan point pertama, iaitu follow up. Dengan follow up, interaksi dengan prospek. Dekat situlah trust akan terbina.

Untuk kumpul subscribers emel, anda perlu meyakinkan pembaca di blog anda untuk optin emel mereka.

Nota: Optin ialah proses prospek memberi emel mereka untuk mendapatkan sesuatu.

Anda boleh menawarkan sesuatu yang berharga, seperti ebook percuma, kupon, dan banyak lagi.

Sebagai contoh, saya memberikan case study percuma untuk mengumpan prospek optin kan emel mereka. Anda boleh cuba optin emel untuk tengok sendiri bagaimana proses ini berfungsi.

optin cara buat affiliate

Sila isi nama & emel anda untuk download ebook.

Blank Form (#5)

Satu tips untuk memberi umpan, sila pastikan umpan itu bersesuaian dengan niche yang anda buat.

Macam blog saya ini, disebabkan blog saya ini dalam niche affiliate, saya akan bagi case study affiliate sebagai umpan untuk prospek optin kan emel mereka.

Email Autoresponder Percuma

Sebagai permulaan nak menggunakan email marketing, saya syorkan anda guna akaun percuma terlebih dahulu. Rasai sendiri bagaimana nak setup email tu dulu.

Di bawah ini merupakan email autoresponder yang percuma saya syorkan kepada anda.

Getresponse – 500 subcribers
Mailchimp – 500 subcribers
Acumbamail – Unlimited subscribers dengan limit 2,000 emails/month.

Jika anda nak akaun Acumbamail yang premium, boleh contact saya. Kerana saya merupakan pemegang lesen agensi Acumbamail. Saya boleh create akaun unlimited subscribers dengan limit 100,000 emails/month.

Langkah 6: Dapatkan Klik Melalui Link Affiliate.

Link klik adalah penentu berapa banyak komisen yang bakal anda dapat. Sifir mudah, semakin banyak link klik, semakin banyak komisen yang ada akan jana.

Tapi bagaimana nak memastikan link klik ini dapat sebanyak yang mungkin? Jom saya kongsikan kepada anda tiga cara optimumkan klik pada link affiliate.

Link Placement

Kalau semua link affiliate anda berada di bahagian bawah artikel di mana orang jarang scroll, klik akan jarang berlaku.

Sebaliknya, jika setiap perkataan lain adalah link dalam pengenalan artikel, dan artikel anda akan kelihatan seperti spam.

Anda perlu seimbangkan link placement dengan faktor-faktor lain di bawah.

Konteks

Katakan anda sedang menulis artikel tentang cara jana pendapat sampingan dengan affiliate.

Di bawah ini merupakan link placement yang salah.

Anda minat nak buat extra income? Tapi tak tahu bagaimana cara nak bermula? Jom saya kongsikan kepada anda lubuk jana extra income melalui affiliate.

Jika anda letak link affiliate seperti ini, google akan menganggap anda melakukan spamming.

Cara letak link affiliate yang sepatutnya seperti di bawah.

Anda minat nak buat extra income? Tapi tak tahu bagaimana cara nak bermula? Jom saya kongsikan kepada anda lubuk jana extra income melalui affiliate.

Callouts

Cara letak link affiliate secara callouts pula kaedah yang digunakan untuk menarik perhatian pembaca artikel untuk klik. Selalunya, callouts ini menggunakan butang, contohnya seperti di bawah ini.

Anda minat nak buat extra income? Tapi tak tahu bagaimana cara nak bermula? Jom saya kongsikan kepada anda lubuk jana extra income melalui affiliate. Sila klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

Kesimpulan.

Walaupun affiliate ini boleh menjanjikan pulangan yang lumayan, anda tak boleh harapkan affiliate ini boleh menjana income RM4 angka sebulan dalam sekelip mata.

Nak dapatkan RM4 angka, perlu dapatkan RM3 angka terlebih dahulu. Nak dapat RM3 angka, perlulah dapatkan RM2 angka terlebih dahulu. Kena realistik.

Teknik Affiliate ‘Zero Cost Marketing’

Ada satu lagi cara buat affiliate yang digunakan untuk menjana komisen affiliate secara ‘zero cost marketing’. Rakan affiliate saya berjaya hasilkan komisen RM6 ribu sebulan dengan hanya menggunakan teknik ini sahaja.

Dia menggunakan ‘teknik kolam’ untuk potong cost marketing. Nak tahu tak macam mana dia buat? Sila klik butang di bawah untuk baca lebih lanjut.

2 thoughts on “Cara Buat Affiliate Yang Terbukti Jana Komisen RM102,554”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top