Tutorial Affiliate Klikjer – Komisen Semudah Tiga Angka Sebulan

Artikel kali ini saya kongsikan kepada anda bagaimana saya boleh hasilkan komisen affiliate secara konsisten di klikjer. Apa yang best, komisen affiliate ini menjana income secara pasif setiap bulan kepada saya.

Tapi kejap, kalau anda belum lagi jadi agen affiliate klikjer, sila klik butang di bawah ini untuk daftar sekarang. Free jer.

5 Langkah Mudah Buat Affiliate Klikjer.

Terdapat lima langkah yang saya selalu guna dalam mempromosi ebook dari klikjer. Bermula dari pemilihan niche sehinggalah proses follow up bakal pembeli.

Kena Tentukan Niche.

Langkah pertama dan paling penting dalam affiliate adalah pemilihan niche. Saya akan pastikan niche yang menjadi pilihan itu sesuai dengan kepakaran saya. Jika saya dapati sesuatu ebook tu sesuai dengan kepakaran saya, ebook itulah menjadi pilihan utama saya untuk dipromosikan kepada orang lain.

Pemilihan niche yang tepat akan memudahkan saya untuk targetkan audiens yang spesifik dan meningkatkan peluang untuk menjual. Tapi kena ingat! Minat sahaja memang tak cukup. Saya perlu pastikan sama ada orang lain mempunyai minat yang sama seperti saya ataupun tidak.

Jika anda tak ada idea nak buat niche apa, anda boleh tengok pada top 10 ebook klikjer pada setiap bulan. Pilih salah satu daripada top 10 tu, kemudian cuba study ilmu yang terdapat dalam ebook tu.

Contohnya, saya mempunyai minat dan berpengalaman dalam penternakan kambing. Kemudian saya kena pastikan ada atau tak orang lain yang sama minat dengan saya.

Tapi, macam mana nak double confirm kan perkara ni?

Sebenarnya mudah jer nak tahu ada orang lain berminat atau tak. Apa yang saya selalu buat ialah saya akan cari group yang berkaitan. Contohnya group kambing, ada berpuluh ribu members dalam group tu.

Di bawah ini pula group pasal umrah. Pun sama jugak, ada ramai sampai berpuluh ribu members.

Ini pula group berkait dengan shopee. Sampai ratus ribu members yang join group ini.

Ini memberi signal awal kepada saya, bahawa niche berkaitan dengan ternak kambing, buat umrah, dan menjual di shopee mempunyai ramai peminat.

Itu memberi maksud akan mudah saya nak menjalankan kempen promosi nanti disebabkan wujudnya audience yang mempunyai minat terhadap sesuatu niche.

Bina Blog Berdasarkan Niche.

Setelah saya menentukan niche, langkah seterusnya adalah saya akan membina satu blog untuk menjadi platform utama untuk mempromosi produk affiliate.

Blog yang berfokus pada niche tertentu akan lebih menarik bagi pembaca yang berminat dalam topik tersebut.

Saya akan pastikan blog saya mempunyai ciri-ciri yang profesional, dan di optimize kan untuk search engine (SEO) agar mudah untuk pembaca menemui blog saya ini.

Untuk membina blog, saya lebih suka platform wordpress disebabkan mudah untuk customize. Ada banyak plugin dan theme boleh install. Dan yang paling best, platform ini open source.

Bermaksud, tak dikenakan bayaran untuk menggunakan platform ini. Hanya perlu sediakan hosting dan domain sahaja. Untuk hosting dan domain pula, boleh didapati dengan serendah RM60 setahun.

Iklan: Jika anda tak tahu membina blog, saya ada sediakan servis blog affiliate mesra seo. Boleh baca di sini.

Buat Artikel Berdasarkan Keywords.

Untuk menarik pembaca ke blog, saya akan menghasilkan artikel yang kualiti dan relevan dengan niche. Saya akan gunakan keywords tool untuk mencari keywords yang sering dicari oleh pembaca.

Daripada keywords itu, saya akan buat artikel yang bersifat informasi, dan memberikan nilai kepada pembaca. Satu tips dalam penulisan artikel, saya cuba tonjolkan karakter ‘saya tahu’ dalam setiap artikel yang dihasilkan.

Karakter ‘saya tahu’ ini bermaksud saya akan tonjolkan bahawa saya pakar dalam niche saya. Jika saya nak promosikan ebook bisnes shopee, saya akan pastikan setiap artikel yang saya tulis itu seolah-olah saya seorang seller shopee yang berjaya.

Tambahan pula saya ada pengalaman menjadi seller di shopee. Jadi mudah bagi saya menulis artikel berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri.

Ini akan menaikkan kredibiliti dan kepercayaan pembaca kepada diri saya. Apabila mereka percaya, lebih mudah mereka nak membeli apa-apa sahaja produk affiliate yang saya rekemen kan.

Sekiranya saya tak ada kepakaran dalam sesuatu niche, saya akan buat pembacaan daripada ebook affiliate itu sendiri. Saya beli kemudian saya baca apakah ilmu yang terdapat dalam ebook itu, dan fahami ilmu yang dikongsikan itu.

Tidak terhad dengan ilmu ebook affiliate itu sahaja, saya akan cuba cari ilmu dari sumber lain dalam memastikan artikel yang bakal saya tulis nanti berjaya mewujudkan karakter ‘saya tahu’.

Ciri Kandungan Artikel.

Untuk menulis artikel pula, saya akan memasukkan dua elemen dalam penulisan saya. Ini merupakan asas dalam penulisan artikel blog saya.

  1. Kena cari satu masalah yang sedang hadapi oleh prospek.
  2. Cuba bagi cadangan bagaimana ebook affiliate boleh menyelesaikan masalah prospek tu.

Kenalpasti Kualiti Artikel.

Dalam mengenalpasti sama ada artikel yang saya hasilkan itu berjaya menarik minat pembaca, saya akan gunakan statistik blog sebagai alat pengesahan.

Gambar di atas ini merupakan statistik salah satu blog saya. Saya akan pastikan ‘average time on page’ sekurang-kurangnya tiga minit dan ke atas. Ini merupakan signal awal artikel saya itu berjaya menarik minat pembaca.

Jika angka ini kurang dari dua minit, saya akan memperbaiki kandungan artikel itu supaya menjadi lebih menarik. Perbaiki dekat sini bermaksud saya akan ceritakan sesuatu topik secara lebih tepat dan terperinci mencerminkan tajuk artikel. Semakin terperinci, semakin baik.

Contohnya dalam topik penternakan kambing, akan ada satu subtopik berkaitan dengan kambing jamnapari. Keyword ‘kambing jamnapari’ ini pula saya akan pecahkan kepada tajuk-tajuk kecil pula. Semakin terperinci sesuatu artikel, semakin tinggi ‘average time on page’.

Untuk permulaan, saya syorkan anda untuk buat artikel 1,000 patah perkataan. Itu sebenarnya dah cukup untuk dapatkan ‘average time on page’ tiga minit dan ke atas.

Dalam setiap artikel itu pula, saya akan pastikan ia mempunyai call to action (CTA) yang jelas. Ia bertujuan nak pastikan setiap artikel yang saya hasilkan itu boleh menghasilkan klik ke link affiliate.

Untuk dapatkan link affiliate klikjer, anda boleh ikut step di bawah ini:

  • Marketing materials.
  • Email links.
  • Marketing groups >> pilih ebook.
  • Copy link affiliate.

Reward Dari Google.

Satu reward dari google akan saya dapat sekiranya google menyangka artikel saya itu berkualiti. Pihak google anda naikkan ranking secara special kepada saya, iaitu ‘featured snippets’.

Bermaksud, artikel blog saya akan berada paling atas di carian google. Jika sesuatu artikel itu paling menepati kriteria SEO berada di tangga pertama, ‘featured snippets’ pula akan berada di tangga kosong. Di atas artikel SEO.

Gambar di atas ini merupakan salah satu artikel yang pernah mendapat ‘featured snippets’ dari pihak google. Berapa lama artikel saya itu dapat reward ini bergantung kepada persaingan.

Jika pihak google dapati ada artikel dari blog lain yang lebih berkualiti, ‘featured snippets’ ini akan hilang. Google akan ganti dengan artikel blog lain yang mereka rasa lebih berkualiti.

Simpan Database Pembaca Blog.

Antara kesilapan biasa affiliate newbie ialah mereka tak menyimpan database prospek. Saya masa mula-mula buat affiliate pun macam ini jugak. Sebab rasa macam tak ada keperluan nak simpan database ini.

Sebaiknya, saya perlu simpan jugak database pembaca blog saya. Walaupun sekadar emel mereka sahaja.

Ada berbagai bentuk database yang boleh saya cipta. Antaranya ialah database emel. Selain itu, saya akan arahkan pembaca untuk join channel telegram saya.

Untuk blog ini, saya hanya tawarkan ebook rahsia RM102,554 komisen di klikjer untuk menarik minat pembaca blog saya ini dalam memberikan emel mereka.

Ebook free ini tak perlu complicated, perlu straight forward, tapi dalam masa yang sama bersifat unik. Disebabkan saya dah berjaya menghasilkan komisen enam angka di klikjer, ebook ini akan unik kepada saya. Pembaca hanya boleh jumpa ebook ini di blog saya sahaja.

Kenapa Database Penting?

Dengan memiliki database pembaca, saya dapat mengirimkan update terbaru, atau informasi tentang produk affiliate yang saya promosikan kepada mereka. Bila-bila masa dan boleh dilakukan secara berulang kali.

Followup Pembaca Blog.

Apabila saya dah dapat database pembaca blog, mudah bagi saya untuk follow up mereka di kemudian hari. Saya tahu tak semua pembaca akan membeli pada kali pertama mereka membaca artikel saya. Ada tu saya perlu follow up selama seminggu, ada tu berbulan-bulan barulah mereka membeli.

Selain tu, saya boleh promosikan produk affiliate lain yang mempunyai niche yang hampir sama. Contohnya, kali pertama saya akan promote pasal ebook cara menjual di shopee.

Yang bestnya bila dah ada database pelanggan, saya boleh promote ebook yang lain selepas mereka membeli ebook yang pertama kali saya promote.

Contohnya saya boleh promosikan ebook cara memborong barangan dari china. Walaupun ebook borong china ini dalam niche yang berbeza, tapi ia masih releven untuk dipromosikan kepada pembeli ebook bisnes shopee.

Wajib Kena Mula!

Sebenarnya, kelima-lima langkah di atas ini tak berguna langsung selagi anda tak bermula. Saya pasti anda akan banyak overthinking kan?

Boleh ke blog aku ni ranking, sedangkan dah ada banyak blog yang dah ranking?

Boleh ke blog aku tu kalahkan blog yang dah tersedia ranking tu?

Kalau anda nak tahu, inilah juga apa yang saya fikirkan semasa nak buat affiliate satu ketika dahulu. Akibat terlalu overthinking, satu blog mahupun satu artikel pun tak pernah saya siapkan.

Jangan ulangi kesilapan saya!

Akhir Kalam

Saya harap dengan perkongsian saya bagaimana saya mempromosi ebook klikjer ini akan memberi inspirasi kepada anda. Saya boleh jana income melalui affiliate, saya yakin anda pun boleh.

Ps.. Anda nak tahu tak bagaimana cara nak jana income affiliate shopee tanpa perlu menjual? Jika nak tahu, boleh klik butang di bawah untuk tahu bagaimana nak buat.

Pss.. sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkaitan dengan affliate, sila tinggalkan soalan di rungan komen di bawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top