Cara Daftar Affiliate di Klikjer

Apa Itu Klikjer?

Bagi anda yang belum tahu lagi, Klikjer merupakan sebuah syarikat penerbitan ebook. Klikjer menyediakan pelbagai ebook terutama ebook yang mengajar menjana pendapatan.

Antara ebook keluaran Klikjer yang mendapat sambutan tinggi ialah:

  • Rahsia Temuduga Kerajaan
  • Bisnes Seller
  • Rahsia Kambing
  • Jutawan Homestay
  • Bisnes Tudung

Di atas ini merupakan sebahagian daripada ebook keluaran Klikjer. Terdapat berpuluh lagi ebook yang Klikjer jual.

Peluang Buat Duit Di Klikjer

Satu peluang yang dibuka oleh Klikjer ialah anda dibayar untuk promote ebook mereka. Dengan syarat, ebook yang anda promote itu perlu terjual terlebih dahulu.

Klikjer membayar setiap individu yang mempromosikan ebook mereka dalam bentuk komisen. Mereka menawarkan 50 peratus daripada harga ebook.

Jika harga ebook itu berharga RM100, anda bakal menerima RM50 sebagai komisen.

Menarik bukan?

Pengalaman Saya Jana Komisen RM100 Ribu Di Klikjer.

Saya sebenarnya sudah lama jadi affiliate di Klikjer. Seingat saya, komisen pertama yang saya hasilkan ialah pada pertengahan tahun 2018. Pada masa tu saya masih lagi baru dengan affiliate.

Seperti affiliate baru, saya hanya kongsi link affiliate sahaja. Ada rezeki, dapatlah saya komisen.

Apa yang saya perasan, buat promosi sekadar kongsi link macam ni bergantung kepada kerajinan. Kalau bulan tu saya rajin kongsi link, maka dapat banyaklah komisen bulan tu.

Kalau bulan tu saya sibuk, tak ada masa nak kongsi link, maka sikitlah komisen yang saya dapat pada bulan tu.

Saya juga terfikir, kan best kalau proses affiliate ni berjalan secara automatik. Ya memang ada. Iaitu menggunakan email marketing.

Sejujurnya saya bagitau, saya sendiri pun tak nak guna email marketing masa mula-mula dulu. Sebab saya rasa macam susah nak setup, tambahan lagi kos bulanan email autoresponder ini memang tinggi.

Modal Mencerminkan Komisen

Disebabkan takut nak laburkan modal dekat tools marketing, komisen saya setiap bulan stagnant pada tahap yang sama je. Saya sebenarnya kurang setuju bila ada orang mengatakan affiliate ini tak perlu keluarkan modal.

Sebab tanpa berani untuk melaburkan modal, komisen anda akan stagnant pada satu jumlah je.

Artikel berkaitan: 5 Mindset Affiliate Yang Berjaya

Kena Ada Ilmu

Dalam pemerhatian saya, ramai affiliate mempromosi ebook tanpa tahu apakah ilmu yang terkandung dalam ebook. Ini merupakan kesilapan terbesar dalam affiliate.

Anda perlu beli dulu ebook, kemudian baca. Lepas tu, mudah anda nak ceritakan kepada prospek adakah ilmu dalam ebook itu releven ataupun tidak.

Nak beli ebook tu pun dah perlukan modal. Bagaimana mungkin affiliate ini tak perlukan modal.

Saya Mula Berani Laburkan Kepada Ilmu

Saya mula serius dengan affiliate apabila saya temui dapat komisen secara konsisten setiap bulan. Saya mula nampak affiliate ini boleh dijadikan secara sumber pendapatan utama.

Saya mula mencari guru. Yang pertama, guru email marketing. Kedua, guru SEO.

SEO ini saya gunakan sebagai tools untuk mendapatkan trafik ke blog. Email marketing pula tools yang saya gunakan untuk buat proses followup secara automatik.

Ini Hasilnya…

Di bawah ini merupakan jumlah komisen yang saya dapat sepanjang saya mempromosi ebook di Klikjer. Lebih RM102,554 komisen sudah berjaya saya hasilkan di Klikjer. Saya berjaya menjual lebih 2,556 unit ebook.

Kena Sabar.

Saya yakin anda pun mesti tak sabar kan nak promote ebook Klikjer jugak kan? Awal-awal saya bagitahu, komisen seperti ini tidak terhasil sepantas sebulan ataupun dua bulan.

Saya bermula dahulu pun sekadar suka-suka. Sekadar mengisi masa lapang. Apabila saya nampak potensi produk digital ini, barulah saya serius dalam affiliate.

Di bawah ini merupakan emel notification yang saya dapat setiap kali ebook terjual.

Apa Yang Best Jadi Affiliate Di Klikjer?

Apa yang bestnya affiliate ini ialah saya tak perlu pening-pening untuk hasilkan ebook sendiri. Hanya promote ebook orang lain. Kalau ada pembelian, dapatlah saya 50 peratus daripada jualan ebook tu.

Saya pun tak perlu bagi support kepada pembeli. Sebab saya bukan owner ebook, jadi tiada keperluan untuk saya bagi support. Nanti Klikjer yang akan sediakan support kepada pembeli mereka.

Bagaimana Nak Daftar Affiliate Di Klikjer?

  1. Sila klik link daftar sebagai affiliate: Daftar Sekarang
  2. Klik butang ‘Daftar Jadi Affiliate’
  3. Klik butang ‘Signup Now’
  4. Kemudian isi semua details yang diminta. Termasuklah no akaun bank untuk tujuan pembayaran komisen nanti.
  5. Klik ‘Create My Account’
  6. Selesai. Kini anda dah boleh promote ebook di klikjer.

Dalam klikjer terdapat puluhan ebook siap sedia untuk dipromote. Anda hanya perlu pilih ebook yang sesuai dengan anda, kemudian promote. Kalau ada jualan, nanti pihak klikjer akan hantar emel notifikasi kepada anda.

Nak Promote Ebook Apa?

Ini merupakan dilema untuk setiap affiliate. Mereka tak tahu nak promote ebook apa. Kan salah pilih ebook, tak ada orang nak beli. Buat penat je promote.

Untuk permulaan, saya cadangkan anda pilih satu ebook dahulu. Pastikan ebook tu anda ada pengetahuan. Sebab nanti akan memudahkan anda dalam proses mempromosi.

Kemudian, anda perlu pilih ebook yang terbukti ada permintaan. Jika anda promote ebook yang terbukti ada pembeli, lebih mudah anda untuk hasilkan komisen.

Dekat Klikjer, admin ada sediakan senarai Top 10 ebook paling tinggi jualan setiap bulan. Anda hanya perlu pilih satu daripada 10 tu dahulu. Kemudian fokus promosi ebook tu.

Ayat Promote Ebook Klikjer

Dalam dashboard Klikjer, admin ada sediakan copywriting untuk semua agen. Anda hanya perlu copy and paste sahaja copywriting tu.

  1. Klik pada ‘Marketing Materials’
  2. Klik pada ‘Email Templates’
  3. Klik pada dropdown ‘Marketing Group’
  4. Kemudian pilih ebook yang anda nak promote.
  5. Klik pada ‘Display Email Templates’
  6. Akhir sekali, anda boleh copy and paste copywriting tu.

Kekurangan Dan Kelebihan

Kelebihan menggunakan copywriting ini adalah anda tak perlu pening-pening kepala nak fikir ayat promosi.

Kekurangannya pula ialah anda akan nampak sama sahaja dengan agen yang lain. Untuk membezakan anda dengan agen affiliate yang lain, anda perlu hasilkan copywriting dengan style anda sendiri.

Saya pernah sertai affiliate niche kerjaya. Admin sediakan copywriting untuk agen affiliate. Apa yang saya perasan, komisen agen yang copy paste ayat promosi daripada admin ni tak setinggi agen yang cipta ayat promosi sendiri.

Keunikan adalah kunci untuk menyerlah dalam affiliate. Jika anda tampil berbeza berbanding agen yang lain, komisen anda pun akan jadi lebih tinggi.

Tujuh Elemen Wajib Dalam Copywriting

Anda nak tengok tak bagaimana saya hasilkan copywriting untuk promote ebook dari klikjer? Saya dapat komisen RM75 untuk setiap ebook yang terjual.

Terdapat tujuh elemen wajib dalam copywriting kalau nak hasilkan komisen yang konsisten. Sila klik butang di bawah untuk baca.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top