Cara Berkesan Promosi Ebook Affiliate.

Untuk mempromosi ebook affiliate, anda perlu tahu bagaimana nak bermain dengan perkara yang dirisaukan oleh prospek. Saya bagi contoh bagaimana saya promote ebook Rahsia Taobao.

Antara keinginan utama prospek ialah nak beli produk dengan harga yang rendah, tapi mereka ada satu kerisauan. Risau barang yang mereka borong nanti tak sampai dengan selamat.

Daripada kerisauan ini, anda boleh cipta pelbagai jenis kempen promosi. Anda perlu pandai bermain dengan kerisauan mereka ini untuk menarik minat mereka membeli ebook.

Antara cara yang paling berkesan ialah saya cerita pengalaman saya sendiri ketika mula-mula beli barangan dari China. Saya tunjukkan yang saya pun pernah menghadapi masalah pada masa mula-mula dahulu.

Contohnya…

“Saya dulu pernah borong barang dari china. Saya dah tak larat dah nak lawan harga dengan seller lain dekat shopee. Masih lagi saya ingat, masa mula-mula dulu saya pernah borong 100 biji speaker elektronik. Bila speaker tu sampai kat alamat rumah, saya check.

“Syukur, semuanya elok-elok. Tak ada yang pecah atau kemek. Bila saya cuba check satu-satu speaker tu, ada 20 speaker tak keluarkan bunyi. Aduhh… rugilah saya macam ni.”

“Ni kalau nak minta refund ni macam mana? Tak kan nak pos balik speaker ni? Dah lah china tu jauh. Berapa pulak kos pos tu nanti?”

Ini merupakan perkara yang dirisaukan oleh prospek. Beli barang dari china, tapi barang yang sampai tu rosak. Bila barang tu rosak, macam mana nak minta ganti rugi?

Kerisauan ini sebenarnya dah dijawab dalam ebook Rahsia Taobao. Jadi penting sebagai affiliate untuk anda baca terlebih dahulu ebook sebelum nak promote sesuatu ebook.

7 Elemen Wajib Ada Dalam Copywriting.

Saya akan pastikan, dalam setiap copywriting saya mempunyai tujuh elemen ini.

1. Kenali Siapakah Prospek Terlebih Dahulu

Dalam menghasilkan copywriting promosi yang berkesan, anda perlu mengenali siapakah prospek terlebih dahulu. Apabila anda tahu siapakah target audiens, memang mudah anda nak headshot terus ke prospek.

2. Fahami Apakah Masalah Prospek

Antara kesilapan paling terbesar affiliate ialah mereka tak kenal siapakah prospek mereka. Kalau anda tak faham, memang anda tak akan tahu bagaimana nak tackle prospek untuk membeli.

Contoh copywriting: Adakah anda seorang peniaga di shopee? Penat dah nak bersaing perang harga dengan seller lain? Kalau saya kongsikan satu lubuk supplier murah, anda berminat tak?

Saya terjumpa satu lubuk supplier terbaru dari china, memang jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan supplier local. Lepas ni anda dah tak perlu lagi risau perang harga dengan seller lain.

3. Selami Lebih Mendalam Masalah Itu.

Untuk bahagian ini pula, saya akan tekankan kesan buruk kalau masalah prospek itu tidak diselesaikan. Apakah kesan buruk kalau mereka suka-suka cuba sendiri borong barang dari China.

Contoh copywriting: Kalau anda tak guna supplier ini, terpaksalah anda bersaing harga dengan seller lain. Ada tu, untung sen-sen je satu barang. Anda macam tu jugak ke?

Saya cuba tambahkan lagi kerisauan prospek.

Contoh copywriting: Nak borong barang dari china ni tak boleh main borong je tau? Risiko kena tipu tu tinggi. Order barang lain, tetapi dapat barang lain. Dah banyak kes kena penipuan melibatkan borong barang dari china. Silap hari bulan, giliran anda pula nanti kena tipu.

Saya akan masukkan unsur pengalaman sendiri.

Contoh copywriting: Saya dulu pun pernah cuba-cuba borong barang dari china. Tanpa ilmu, saya main langgar jer borong. Saya order speaker 100 buah speaker. Bila speaker tu sampai, 20 daripada 100 buah speaker tu rosak.

“Aduyaii… rugi lah aku macam ni..”.

Nak refund pun tak tahu macam mana. Nak hantar balik pun caj pos ke china punya la mahal. Terduduk saya sekejap.

4. Cadangkan Penyelesaian.

Apabila prospek dapat merasai bahawa saya ini memahami masalah dia, ketika ini saya akan cadangkan penyelesaian kepada masalah prospek itu.

Contoh copywriting: Memperkenalkan, “ebook Rahsia Taobao: Cara mudah memborong barangan dari China”. Ebook yang dicipta khas untuk membantu peniaga seperti anda.

Ebook ini akan membimbing anda melalui setiap langkah proses memborong, melalui semua halangan dan elakkan risiko penipuan. Dengan hanya menggunakan smartphone, anda boleh borong barangan dari china secara selamat.

5. Buktikan Keberkesanan Dengan Testimoni.

Jangan suka cakap syok sendiri. Saya akan buktikan keberkesanan ebook yang saya promote itu dengan testimoni sebenar pembeli yang dah praktikkan ilmu dalam ebook Rahsia Taobao.

Contoh copywriting: “Alhamdulillah.. Terima kasih tuan. Saya follow step by step ebook dan paling jelas melalui video. Tak sampai dua minggu, akhirnya barang dah landing depan pintu rumah. Tak pakai agen dan saya sanggup take risk buat sendiri. Harga memang berpatutan dan jimat kos kalau buat sendiri. Lepas ni repeat order lagi!”

6. Tawaran Meleleh.

Ketika ini, prospek sudah pun ada keinginan untuk membeli. Kemudian saya akan boost keinginan itu dengan tawaran yang sukar ditolak.

Contoh copywriting: Sebagai tanda penghargaan diatas kesudian anda untuk mendapatkan ebook ini sekarang! Saya akan berikan anda tiga buah ebook tambahan sebagai bonus untuk memantapkan lagi ilmu anda di dalam menjalankan bisnes borong secara online kelak.

  • Bonus 1 : 30 produk terlajak laris di shopee.
  • Bonus 2 : Senarai 200 group iklan percuma di facebook.
  • Bonus 3 : Lapan tips emas kejayaan bisnes borong orang cina.

7. Call To Action.

Akhir sekali, saya akan berikan arahan kepada prospek apa langkah yang perlu mereka buat untuk membeli ebook ini.

Contoh copywriting: Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan ebook “Rahsia Taobao” sekarang dan mulakan perjalanan anda ke arah keuntungan yang lebih tinggi. Klik butang “Beli Sekarang” untuk mula mempelajari rahsia mengaut lebih keuntungan.

Saya Hanya Buat Ini Sahaja.

Kalau anda nak tahu, ini sahaja yang selalu saya buat untuk promote ebook daripada Klikjer. Komisen ebook Rahsia Taobao ini bermula RM50 sehingga RM75.

Cuba anda tengok komisen yang saya dapat dengan hanya menggunakan kaedah promosi ini. Pembeli lebih suka memilih pakej yang paling tinggi, iaitu RM150. Komisen yang saya dapat untuk setiap jualan ialah RM75.

Anda boleh guna teknik promosi ini untuk promote ebook affiliate yang lain. Saya yakin anda pun boleh hasilkan komisen seperti ini juga.

Copywriting Is Key.

Kalau anda nak tahu, copywriting yang hebat boleh menapis siap-siap sama ada prospek tu betul-betul berminat ataupun tidak.

Copywriting yang hebat juga boleh membangkitkan emosi prospek. Tapi emosi yang macam mana tu? Sila klik butang di bawah ini untuk teruskan pembacaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top