Perkenalkan Diri.
Pertama sekali apabila anda membuat artikel, setiap pembaca blog anda tidak mengenali siapakah anda. Pembeli membeli disebabkan rasa percaya.
Dalam memastikan mereka itu ada rasa percaya kepada anda, anda perlu perkenalkan diri dahulu. Perkenalkan diri merupakan langkah pertama untuk anda meraih kepercayaan daripada prospek.
Cuba Cerita Pengalaman Sendiri.
Dalam banyak-banyak artikel blog, artikel berkaitan dengan pengalaman sendiri adalah artikel yang menarik perhatian saya untuk terus membaca. Menceritakan pengalaman sendiri ini akan menambah keyakinan pembaca kepada anda.
Jadi anda perlu memilih satu ebook yang betul-betul ada kaitan dengan pengalaman anda. Seperti saya sendiri, saya suka mempromosikan produk affiliate.
Jadi mudah bagi saya untuk bercerita pengalaman buat affiliate disebabkan pahit manis dalam dunia affiliate saya dah melalui.
Anda boleh juga menunjukkan bukti income yang anda dapat daripada affiliate ini. Contohnya saya promote ebook di Klikjer. Saya boleh kongsikan screenshot komisen saya seperti di bawah ini.
Kalau anda tak ada pengalaman, agak sukar untuk menyakinkan pembaca. Selain itu, anda pun tak tahu nak ceritakan apa dalam artikel anda. Jadi pembaca tak akan tertarik.
Sekiranya anda meminta emel di dalam artikel anda, mereka liat nak masukkan emel kerana artikel anda tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka.
Cadangkan Satu Ebook Affiliate.
Nak mencadangkan produk ini anda perlu tahu dahulu apa isi kandungan ebook. Cuba beli dan baca dahulu ebook tersebut. Kemudian anda nilai sendiri adakah ebook ini ada ilmu yang berharga ataupun tidak.
Kena Tahu Apa Fungsi Seorang Affiliate.
Apa saya perasan, ramai affiliate terutama affiliate baru tak faham apa itu fungsi affiliate. Kebanyakan mereka affiliate ini menjual. Sebenarnya bukan macam tu.
Affiliate ini berfungsi sebagai individu yang mensyorkan atau mencadangkan sesuatu. Cuba bezakan antara penjual dengan pencadang.
Kena Berlaku Jujur.
Tak semua produk affiliate ini anda perlu promote. Macam saya sendiri, apabila saya rasa tertipu dengan sale letter dengan kandungan ebook, saya tidak akan promote ebook tersebut.
Sebelum ini, saya pernah membeli satu ebook yang berkongsikan teknik untuk langsaikan hutang PTPTN secara percuma. Saya tertarik dengan ebook itu disebabkan oleh sale letter ada menyebutkan ada teknik untuk langsaikan hutang secara percuma.
Saya nampak peluang kerana negara kita sekarang ini ramai peminjam PTPTN yang tertunggak. Saya beli ebook itu dan baca. Rupanya berlainan sungguh apa yang dikatakan ‘percuma’ dalam ebook itu.
‘Percuma’ yang dinyatakan dalam ebook itu tak sama dengan ‘percuma’ yang saya fikirkan. Saya rasa tertipu. Dan saya tak akan promote ebook tersebut.
Ceritakan Tentang Produk Utama.
Ini merupakan apa yang saya dapat input daripada pembacaan ebook Rahsia Affiliate.
Daripada hasil pembaca saya, penulis berkongsi pengalaman dia sendiri bagaimana nak promote produk affiliate secara zero kos. Bermula daripada validate produk, adalah sesuatu produk itu ada permintaan daripada pembeli ataupun tidak.
Nak validate ini ada prosesnya. Tak boleh main rasa-rasa, nanti akan membazirkan banyak masa kalau produk tu tak ada permintaan. Teknik validate juga ditunjukkan dalam ebook ini, dan teknik validate ini pun percuma sahaja.
Apabila dah validate produk, dan anda dapati produk itu ada permintaan daripada pembeli. Ketika ini anda dah mula boleh promote. Tapi anda tak boleh promote sesuka hati macam tu je.
Kena buat ‘kolam’ terlebih dahulu. Dalam ebook ini ada dikongsikan cara untuk buat ‘kolam’ prospek. Anda akan dapat high targeted prospek kalau guna teknik ‘kolam’ ini.
Apabila prospek dah masuk ke dalam ‘kolam’ anda, ketika ini anda dah boleh mula menjual. Lebih mudah nak menjual disebabkan semua prospek yang masuk ke dalam ‘kolam’ ini sudah ada keinginan untuk membeli.
Anda perlu tahu, tak semua prospek akan buat pembelian ketika kali pertama mereka tahu tentang sesuatu produk. Ada tu tunggu berminggu-minggu, dan ada berbulan-bulan, barulah mereka membeli.
Satu kelebihan menggunakan teknik ‘kolam’ ini ialah anda tak akan kehilangan prospek. Ini disebabkan prospek sudah pun berkumpul di ‘kolam’ anda. Apa yang perlu anda buat ialah follow up je setiap hari.
Satu tips untuk review ebook affiliate, jangan cerita semua dalam review. Saya menggunakan ‘kolam’ sebagai umpan untuk menarik minat prospek, tentang apakah yang dimaksudkan dengan ‘kolam’ itu sebenarnya.
Cari Kelemahan Produk.
Tanamkan dalam kepala anda, walau sempurna mana sekalipun produk affiliate itu, pasti akan ada kekurangan. Walaupun penulis ebook affiliate itu bertaraf sifu tahap dewa sekalipun.
Kekurangan ini penting dalam memastikan anda boleh tawarkan added value untuk menutup kekurangan produk utama. Untuk ebook Rahsia Affiliate ini, saya perasan ada satu kekurangan ebook ini ialah kena promote secara manual.
Cuba ceritakan alasan kenapa promote secara manual ini kurang sesuai. Saya gunakan pengalaman sendiri sebagai menguatkan lagi hujah saya.
Saya dahulu pun pernah promosikan ebook affiliate secara manual. Apa yang saya rasa ialah penat. Kalau bulan ni saya promote, saya akan dapat komisen. Kalau bulan depan saya sibuk dan tiada masa nak promote, maka tak dapatlah komisen tu. Komisen bergantung kepada kerajinan.
Cadangkan Penyelesaian.
Sekarang saya lebih suka menggunakan teknik promosi menggunakan automasi. Salah satu caranya menggunakan email automation. Saya hanya perlu setkan emel, kemudian emel tu akan jalankan kerja follow up secara automatik.
Tak perlu lagi buat secara manual. Anda bebas nak buat apa sahaja selepas tu, hanya tunggu emel komisen masuk sahaja. Emel automation ini ibarat pembantu peribadi anda untuk menjalankan kerja promosi.
Tapi anda jangan salah faham, apa yang dikongsikan dalam ebook Rahsia Affiliate ini memang mendatangkan hasil. Penulis ebook ini kongsikan pengalamannya sendiri untuk membuktikan keberkesanan teknik yang dia gunakan.
Cuma saya yakin tak semua orang ada masa untuk melakukan promosi secara manual seperti ini. Minggu pertama buat promosi secara manual, tak dapat hasil.
Minggu kedua dapat satu, minggu ketiga tak dapat. Lama-lama motivasi nak promote jadi semakin pudar. Jadi makin malas.
Inilah apa yang saya rasa masa mula-mula saya buat affiliate dahulu. Bila dapat emel notifikasi komisen, fuh… terus berkobar-kobar semangat nak promote lebih lagi.
Bila dah promote, tak ada pun komisen dapat. Terus down balik. Sebab motivasi utama affiliate ini adalah komisen.
Bagi mengelakkan anda merasai apa yang saya rasai dahulu, saya tawarkan dua bonus kepada anda dalam setiap pembelian ebook Rahsia Affiliate.
Bonus Sebagai Pemangkin Pembelian
Sebenarnya, bonus ini bukanlah perkara wajib dalam mempromosikan produk affiliate. Ada sesetengah produk affiliate, saya tak tawarkan bonus langsung. Tapi masih ada yang membeli. Tetap dapat komisen.
Walaupun bonus ini tidak wajib, dengan adanya bonus, ianya dapat menjadi satu tarikan untuk prospek membeli daripada anda berbanding membeli melalui agen affiliate yang lain.
Di bawah ini merupakan contoh bonus yang saya berikan untuk setiap pembelian Rahsia Affiliate daripada link saya.
Bonus 1: Servis Menyiapkan Blog.
Berdasarkan servey saya buat dekat telegram, saya dapati masih ramai yang tak pernah menjana komisen affiliate. Jadi saya tawarkan untuk siapkan satu blog mesra SEO sebagai tapak pertama anda dalam dunia affiliate.
Blog saya ini (www.kairul.com) menggunakan hosting VPS, di mana saya membayar RM2,000 setahun.
Di bawah ini merupakan loading speed blog saya di gtmetrix.com dan Google Page Speed Insights.
Untuk makluman anda, loading speed adalah antara faktor yang mempengaruhi SEO. Bagi anda yang tak tahu, VPS merupakan hosting yang disediakan khas untuk isi blog anda sahaja.
Berbeza dengan shared hosting, anda terpaksa berkongsi dengan pengguna yang lain. Kalau pengguna lain install plugin yang berat, ataupun terlalu banyak website yang diisi dalam shared hosting tu, blog anda akan terkesan sama. Akan jadi slow macam siput.
Sebagai tambahan kepada bonus ini, saya akan siapkan satu artikel mesra SEO khas untuk anda. Anda hanya perlu bagitau ebook yang mana anda nak promote, kemudian saya akan siapkan artikel SEO itu.
Harga semasa satu artikel mesra SEO ialah RM500 sehingga RM1,500.
Bonus 2: Pakej Email Autoresponder Unlimited Subscribers.
Saya merupakan pemegang lesen agensi email autoresponder Acumbamail. Saya boleh create new user di dalam akaun saya bila-bila masa sahaja. Untuk bonus ini, saya tawarkan pakej 100,000 emel per bulan.
Kalau tengok dekat pricing table Acumbamail, anda perlu membayar sebanyak USD92 per bulan untuk pakej ini. Atau bersamaan RM429. Kalau dikira setahun, anda perlu bayar RM5,148.
Sebagai tambahan kepada bonus ini, saya sendiri akan setkan emel untuk anda. Daripada optin emel sehingga emel follow up. Saya akan integrate kan blog yang saya buat di bonus 1 itu dengan email autoresponder.
Anda nak tengok contoh optin tu? Boleh tengok di Klik Sini
Bonus Berkait Dengan Produk Utama
Ini merupakan contoh untuk menawarkan bonus kepada bakal pembeli. Pastikan anda tawarkan bonus yang berkaitan dengan produk utama.
Saya sekarang cuba promote ebook Rahsia Affiliate, jadi bonus tu kenalah berkait rapat dengan affiliate. Jangan sesekali tawarkan bonus yang tidak berkaitan.
Contohnya, promote ebook Rahsia Affiliate tapi bagi bonus kupon Foodpanda. Beri bonus macam ini memang tak salah, tapi kurang menarik minat prospek.
Jangan Sampai Merugikan.
Sila pastikan bonus yang anda tawarkan tu tak merugikan anda. Macam ebook Rahsia Affiliate ini, disebabkan komisen hanyalah RM30, bagi saya kurang berbaloi untuk saya berikan dua bonus di atas.
Sekiranya produk ini berharga RM100, itu saya boleh pertimbangkan lagi.
Call To Action.
Pastikan setiap artikel anda buat mempunyai call to action yang jelas. Contohnya seperti di bawah ini.
Untuk memastikan anda layak untuk tebus kesemua bonus-bonus ini, sila dapatkan ebook Rahsia Affiliate melalui link affiliate saya. Boleh dapatkan ebook Rahsia Affiliate dengan klik link di bawah:
Akhir Kalam.
Apa yang saya ceritakan di atas ini merupakan teknik yang saya gunakan dalam mempromosi produk affiliate. Bermula daripada membeli ebook, baca kandungan ebook, menilai adakah kandungan itu sesuai, kemudian membuat satu artikel blog.
Teknik Affiliate Tanpa Menjual
Ps.. Anda nak tahu tak bagaimana cara nak jana income affiliate shopee tanpa perlu menjual? Jika nak tahu, boleh klik butang di bawah untuk tahu bagaimana nak buat.
Pss.. Kalau anda ada apa-apa pertanyaan tentang affiliate, sila tinggalkan persoalan anda di ruangan komen di bawah. Nanti saya jawab sedaya saya.