Mindset Seorang Affiliate Yang Boleh Berjaya

Dalam membuat apa-apa bisnes sekalipun, mindset adalah faktor utama kepada kejayaan seseorang. Dalam bisnes affiliate sekalipun, mindset yang betul akan menentukan adakah seseorang affiliate itu boleh berjaya ataupun tidak.

Lima Mindset Affiliate Yang Boleh Berjaya.

1. Kena Sabar.

Kesabaran merupakan perkara yang penting dalam affiliate. Jika anda tertarik nak jadi affiliate disebabkan terpengaruh dengan income seseorang affiliate yang berjaya, itu bermaksud anda mindset anda tidak berada di landasan yang betul lagi.

Setiap affiliate pasti akan mengalami saat-saat kesusahan yang mereka tak ceritakan kepada umum. Ya la kan.. siapa je nak dengar cerita tentang kisah pahit. Semua orang suka yang manis-manis je.

2. Sanggup Untuk Belajar.

Nak jadi seorang affiliate, anda kena sanggup belajar benda baru. Contohnya anda nak promote ebook Bisnes Shopee. Ebook ini merupakan panduan yang mengajar cara untuk berniaga di shopee.

Tapi anda tak pernah ada pengalaman pun menjual di shopee. Ketika ini anda perlu belajar untuk berniaga di shopee.

Anda perlu ingat, affiliate ini adalah proses mensyorkan sesuatu kepada orang lain. Kalau anda sendiri pun tak pernah berniaga di shopee, bagaimana anda nak sahkan keberkesanan ebook Bisnes Shopee itu? Melainkan anda cuba berlaku tak jujur.

3. Kena Kreatif.

Antara kesilapan paling kerap yang tengok, terutama affiliate yang baru nak bermula ialah mereka suka copy paste content orang lain. Perkara ini disebabkan mereka tak ada pengetahuan tentang produk affiliate.

Mungkin disebabkan malas nak belajar tentang produk. Apa yang mereka tahu hanya copy paste dan mengharapkan semoga adalah orang buat pembelian. Affiliate yang baik kena kreatif dalam setiap content mereka.

Itulah yang dapat membezakan mereka dengan agen affiliate yang lain.

4. Fokus Pada Matlamat.

Selalunya orang yang tidak fokus mempunyai satu sindrom dalam diri mereka, iaitu shiny object syndrome. Mereka mudah terpengaruh dengan hasil kejayaan orang lain.

Kalau mereka tengok orang main forex boleh jadi kaya-raya, mereka berminat nak main forex jugak. Kalau mereka tengok orang buat affiliate boleh hasilkan komisen lima angka sebulan, mereka pun rasa berminat nak buat affiliate jugak.

Suka melompat-lompat, tidak fokus kepada satu perkara.

Affiliate yang berjaya pula akan fokus pada matlamat disebabkan mindset mereka. “Kalau orang lain boleh berjaya dengan affiliate, kenapa aku tak boleh berjaya?” Ini merupakan mindset yang betul.

5. Berani Untuk Invest.

Ada sesetengah individu mengatakan affiliate ini tidak perlu keluarkan modal. Sebenarnya saya kurang setuju dengan pernyataan tu. Untuk kekal releven dalam dunia affiliate, memang perlukan modal. Kena berani untuk invest.

Pertama sekali, nak syorkan ebook kepada orang lain, anda perlulah tahu apa kandungan ebook tu dulu. Nak tahu kandungan, kena lah beli, kemudian baca.

Dekat situ pun dah kena keluarkan modal. Kalau anda tak berani nak keluarkan modal, saya berani jamin anda pasti tak akan ada idea nak cerita pasal apa kepada prospek nanti.

Contoh lain pula daripada segi blog. Blog merupakan sumber trafik utama sepanjang saya promosikan produk affiliate. Saya dulu pun bermula dengan blog shared hosting.

Loading speed blog saya tu bergantung kepada hari. Ada hari dia laju, ada hari dia slow.

Daripada kajian yang saya baca, pelawat blog ni hanya akan tunggu 3 saat sahaja. Kalau blog tu masih loading lebih dari 3 saat, memang mereka akan tak akan tunggu. Mereka akan tutup.

Nak tak nak, saya terpaksa untuk invest kepada hosting VPS. Sebelum ini saya menggunakan shared hosting, hanya perlu bayar RM250 setahun. Dengan migrate kepada VPS, saya terpaksa membayar RM2,000 setahun.

Daripada tool marketing pula, saya menggunakan email autoresponder. Ada satu blog saya tu, saya mempromosikan rujukan untuk mengajar calon SPA untuk lulus ujian online SPA. Senarai subscribers saya hampir 100,000 orang.

Dekat sini, saya terpaksa keluarkan modal untuk mencari email autoresponder yang boleh menampung subscribers saya itu. Jadi tiada istilah tak perlu keluarkan modal.

Penutup.

Affiliate ini bermula daripada minat. Dengan gabungan minat dan mindset yang betul, saya yakin anda akan menghasilkan income yang stabil melalui affiliate.

Affiliate ini memerlukan kesabaran. Tidak semudah bermula hari ini, esok terus dapat hasil. Affiliate adalah proses pembelajaran, dan anda perlu sabar untuk terus bertahan dengan cabaran dalam affiliate.

Saya sendiri pun masih lagi belajar untuk menulis, dan sampai sekarang pun saya masih lagi memperbaiki gaya penulisan saya. Saya yakin jika anda mempunyai mindset yang betul, anda pun boleh berjaya dengan affiliate.

Teknik Affiliate Tanpa Menjual.

Pss.. Anda nak tahu tak bagaimana cara nak jana income affiliate shopee tanpa perlu menjual? Jika nak tahu, boleh klik butang di bawah untuk tahu bagaimana nak buat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top