Cara Mudah Hasilkan Artikel Blog High Kualiti

Kualiti artikel bakal menentukan sama ada website anda mampu ranking di google ataupun tidak. Tapi bagaimana nak buat artikel yang high kualiti?

Dua Kombinasi Penting

Ada dua kombinasi untuk menghasilkan artikel high kualiti. Iaitu, ilmu dan pengalaman.

Kena berbalik kepada apa tugas seorang affiliate. Tugas affiliate adalah mensyorkan sesuatu kepada orang lain. Nak syorkan sesuatu ni, anda perlu tahu dulu apa yang anda nak syorkan tu.

Contoh Mudah

Saya bagi satu contoh mudah untuk anda faham.

Anda tahu ada satu kedai makan menyediakan menu yang sedap. Tapi anda tak pernah pun rasa menu-menu yang sedap tu. Lepas tu, anda pun recommend dekat kawan-kawan anda.

Anda mengatakan kedai itulah yang paling sedap dekat kawasan anda, tapi anda sendiri pun tak pernah rasa. Betul-betul sedap ataupun tak. Agak-agak kawan anda tu akan percaya tak?

Mungkin ada kawan-kawan anda akan percaya, disebabkan mereka dah mengenali anda. Tapi bagaimana pula dengan orang yang tak pernah mengenali anda? Adakah semudah itu mereka nak percaya?

Konsep yang sama digunakan dalam affiliate. Anda perlu tahu dahulu adakah ilmu dalam produk affiliate itu betul-betul menjadi ataupun tidak. Selepas tu, anda cuba dahulu gunakan ilmu itu untuk diri anda dahulu.

Rasai dahulu pengalaman menggunakan ilmu tu. Jadi mudah untuk anda me’recommend’kan produk affiliate tersebut, dan orang mudah nak percaya apa yang anda katakan. Sebab nanti anda perlu me’recommend’ sesuatu kepada orang yang tidak mengenali anda.

Pengalaman Saya Sendiri

Saya kongsikan pengalaman saya bagaimana saya boleh tertarik untuk membeli satu ebook dari Klikjer. Ebook itu ialah Rahsia Taobao. Ebook ini mengajar pembelinya cara untuk memborong barangan dari China.

Pada mula-mula saya membaca salepage ebook Rahsia Taobao, perkara pertama menarik minat saya ialah harga barang di Taobao lebih rendah dari harga dalam negara. Kalau dekat shopee tu anda rasa murah, dekat taobao lagi murah.

Kemudian saya beli dan baca. Selepas baca, saya mula ikut step yang ditunjukkan dalam ebook tu. Dalam ebook tu ada ditunjukkan dua kaedah nak borong dari china. Sama ada melalui agen, ataupun melalui direct order dari seller di china.

Kedua-dua kaedah ini ada pro dan cons mereka sendiri. Beli melalui agen kena sediakan duit untuk bagi upah kepada agen. Beli melalui direct order pula lebih jimat, tapi perlu berdepan dengan risiko penjual yang tak jujur.

Saya pilih membeli melalui agen. Sebab pertama kali kan. Rasa takut barang tak sampai tu masih menebal dalam hati saya. Kelebihan beli melalui agen ni, anda tak perlu risau kalau barang tak sampai.

Mereka akan check dahulu setiap parcel yang sampai ke tangan mereka. Kalau mereka dapati barang yang mereka terima itu tidak sama dengan barang di website taobao, mereka boleh tolong refund untuk kita.

Segala urusan refund juga mudah. Sebab semua agen yang akan uruskan untuk anda. Agen ni pula berada di China. Jadi segala urusan pembelian mudah bagi mereka disebabkan lokaliti mereka sama dengan seller China.

Selepas agen tu submit order, apa yang perlu saya buat hanyalah tunggu untuk parcel tu sampai. Dalam masa seminggu, parsel tu sampai. Sebab saya guna air flight.

Kalau ikut pada ebook Rahsia Taobao, parsel akan dihantar ke depan rumah. Tapi disebabkan syarikat courier yang uruskan parsel tu berdekatan dengan kawasan rumah saya, mereka telefon saya untuk pickup sendiri parsel tu dekat office mereka.

Ini adalah kombinasi ilmu dan pengalaman dalam memborong barangan dari China. Apabila anda ada dua kombinasi ini, teramat mudah bagi anda untuk promote ebook Rahsia Taobao kepada orang lain.

Ianya disebabkan anda sudah merasai bagaimana proses order itu berlaku, bukan sekadar teori semata-mata.

Penghasilan artikel high kualiti akan berkait rapat dengan pengalaman anda. Anda boleh bercerita apa sahaja apabila anda mempunyai pengalaman tentang sesuatu perkara.

Anda boleh cerita secara terperinci. Setiap pertanyaan daripada prospek juga anda boleh jawab dengan yakin.

Antara pertanyaan yang saya terima ialah, ‘kalau kastam tahan parsel saya, apa saya nak buat?”

Ini merupakan pertanyaan daripada prospek sendiri. Kalau anda bukan pembeli ebook Rahsia Taobao, saya yakin anda tak boleh nak jawab pertanyaan ini.

Kesan daripada tak boleh jawab pertanyaan prospek, kredibiliti anda sebagai peng’recommed’ akan jatuh. Ye la kan, beria nak suruh orang beli ebook, tapi diri sendiri pun tak tahu apa-apa.

Adakah Artikel High Kualiti Ini Ada Format?

Jika anda bertanya, adakah artikel blog ni perlu ada format tertentu yang perlu diikuti? Jawapannya ialah tidak ada. Artikel blog hanyalah medium perantaraan untuk anda menyampaikan sesuatu infomasi.

Apa yang penting ialah artikel itu mesti selari dengan tajuk. Kalau tajuk ‘cara memborong di china’, kandungan artikel itu perlulah berkaitan dengan cara memborong dari china. Jangan spam.

Maksudnya tajuk artikel tulis pasal ‘cara memborong dari china’, tapi kandungan artikel tu tak tunjuk pun bagaimana cara tu. Banyak merapu. Last-last, suruh beli ebook je.

Memang pembaca blog tak berminat nak beli kalau baca artikel macam ni.

Penutup

Ada tiga langkah dalam menghasilkan artikel high kualiti. Beli ebook, baca, kemudian apply ilmu dalam ebook. Gunakan pengalaman anda sebagai sumber untuk menghasilkan artikel.

Bagi anda yang tak tahu nak promote ebook apa tu, saya highly recomended untuk anda promote ebook Rahsia Taobao. Komisen paling rendah untuk ebook ini ialah RM50. Komisen paling tinggi RM75. Memang berbaloi promote ebook ini.

Gambar di bawah ini merupakan bukti komisen yang berjaya saya peroleh hasil mempromosi ebook Rahsia Taobao. RM75 sebagai komisen untuk setiap kali ebook ini terjual.

Blog Affiliate.

Untuk mendapatkan bakal prospek, anda perlu sediakan satu blog affiliate terlebih dahulu. Jika anda pandai memanfaatkan SEO, anda bakal mendapatkan ribuan bakal prospek setiap bulan.

Tapi saya faham, tak semua orang tahu bagaimana nak buat blog mesra SEO kan? Apa kata saya bantu anda sediakan blog ini. Semua artikel pun saya sediakan.

Berminat tak? Jom klik butang di bawah untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top